Gua_Chauvet
Gua_Chauvet

Gua_Chauvet

Gua Chauvet-Pont-d'Arc di jabatan Ardèche, Perancis Selatan, merupakan gua yang mengandungi antara lukisan gua figuratif yang paling elok terpelihara di dunia,[2] di samping bukti-bukti lain kehidupan Paleolitik Awal.[3] Letaknya berdekatan komun Vallon-Pont-d'Arc di atas tanjung batu kapur di atas bekas tebing Sungai Ardèche, di Gorges de l'Ardèche.Ditemui pada 18 Disember 1994, ia dianggap antara tapak seni prasejarah yang paling signifikan, malah agensi kebudayaan PBB UNESCO mengurniakan status Warisan Dunia kepadanya pada 22 Jun 2014.[4] Gua ini mula-mula dijelajahi oleh sekumpulan tiga orang ahli speleologi: Eliette Brunel-Deschamps, Christian Hillaire, dan Jean-Marie Chauvet yang memberikan nama gua itu. Chauvet mempunyai catatan terperinci mengenai penemuan ini.[5] Selain lukisan dan bukti kemanusiaan lain, juga terdapat tinggalan fosil, teraan dan jejak-jejak pelbagai haiwan yang antaranya sudah pupus.Kajian selanjutnya oleh ahli arkeologi Perancis, Jean Clottes banyak mendedahkan tentang gua tersebut. Tawarikhnya masih dipertikaikan tetapi kajian terbitan 2012 menyokong bahawa seni guanya datang dari zaman Aurignasia kira-kira 32,000–30,000 juta tahun dahulu. Kajian keluaran 2016 yang menggunakan 88 tarikh radiokarbon tambahan menunjukkan dua kala penempatan: satu 37,000–33,500 tahun dahulu dan satu lagi 31,000–28,000 tahun dahulu dengan kebanyakan lakaran hitam datang dari zaman yang lebih awal.