Gula_penurun

Gula penurun ialah sebarang gula yang mampu bertindak sebagai agen penurun kerana mempunyai kelompok aldehid atau keton bebas.[1] Semua monosakarida (seperti galaktosa, glukosa dan fruktosa) merupakan gula penurun, begitu juga dengan beberapa disakarida, oligosakarida dan polisakarida.Monosakarida boleh dibahagikan kepadadua kumpulan: aldosa yang mempunyai kumpulan aldehid, dan ketosa yang mempunyai kumpulan keton. Ketosa mesti ditautomerkan kepada aldosa sebelum bisa bertindak sebagai gula penurun.