Aldehid
Aldehid

Aldehid

Aldehid atau alkanal ialah sebatian organik yang mengandungi kumpulan berfungsi dengan struktur −CHO, yang terdiri daripada pusat karbonil (karbon yang diikat secara ganda dua dengan oksigen) dengan atom karbon yang juga terikat kepada hidrogen serta kumpulan R,[1] yakni sebarang kumpulan atau rantai sisi yang biasa. Kumpulan ini, tanpa R , adalah kumpulan aldehid, juga dikenali sebagai kumpulan formil. Aldehid biasa dijumpai dalam kimia organik. Kebanyakan wangian terdiri daripada aldehid.Perkataan "aldehid" itu sendiri (pinjaman bahasa Inggeris iaitu aldehyde) dicipta oleh Justus von Liebig, seorang ahli kimia Jerman, daripada kependekan istilah bahasa Latin iaitu alcohol dehydrogenatus (alkohol dinyahhidrogenkan).[2][3]