Pendakian Gunung_Tahan

Bahagian ini ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu dalam memperbaiki Bahagian ini ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam. (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini)

Pendakian Gunung Tahan paling cepat adalah selama sembilan hari di dalam hutan bagi mereka yang sihat. Jika perjalanan dikira dari Kuala Lumpur, masa pendakian perlu ditambah lagi dua hari. Terpaksa merentas sungai dan runut yang sangat mencabar. Bagaimanapun, runut ini terbuka kepada orang ramai.

Pendakian yang bermula dari Kuala Tahan ke Kuala Melantai mengambil masa selama lima hari. Terdapat ibu pejabat Taman Negara di Kuala Tahan.

Pendaki perlu menaiki bot di sini kerana ketiadaan jalan raya. Bot perlu ditempah terlebih dahulu dengan cara menulis kepada pejabat cawangan Taman Negara di Kuala Lumpur. Bayaran bot sekitar RM10.00 hingga RM120.00 setiap orang bergantung kepada bilangan orang.

Masa terbaik mendaki adalah antara bulan Februari dan Mac kerana ketika itu hujan berkurangan. Kebiasaannya, hujan turun hampir pada setiap hari dalam bulan Oktober. Taman Negara ditutup kepada pelawat dari 15 November hingga 15 Januari setiap tahun.