Sejarah Gyeonghuigung

Pembinaan bermula pada tahun 1600-an semasa pemerintahan Raja Gwanghaegun. Dalam zaman Joseon yang terakhir, Gyeonghuigung berkhidmat sebagai istana sekunder untuk raja, dan disebabkan ia terletak di sebelah barat Seoul, ia juga dikenali sebagai Seogwol (sebuah istana di barat). Istana sekunder biasanya ialah istana untuk Raja berpindah ke semasa kecemasan.

Dari Raja Injo ke Raja Cheoljong, sekitar sepuluh raja dinasti Joseon tinggal di Gyeonghuigung ini. Istana ini dibina dengan menggunakan geografi condong gunung sekitarnya, mempunyai keindahan tradisional dalam seni bina dan banyak kepentingan sejarah. Untuk sementara waktu, ia mempunyai saiz yang agak besar, bahkan sampai ke tahap mempunyai jambatan yang melengkung yang menghubungkannya ke istana Deoksugung. Untuk menghadap raja, terdapat bangunan Sungjeongjeon dan Jajeongjeon, dan untuk beradu pula, terdapat bangunan Yungbokjeon dan Hoesangjeon.

Kebanyakan Gyeonghuigung musnah dalam dua kebakaran yang berlaku pada abad ke-19, semasa pemerintahan Raja Sunjo dan Raja Gojong.[2] Jepun membongkar apa yang tersisa dari istana ini semasa pendudukan mereka di semenanjung Korea, dan sebuah sekolah untuk warga Jepun dibina di tapak ini. Dua struktur utama bekas istana - balai takhta Sungjeongjeon dan gerbang Heunghwamun - telah dibongkar dan berpindah ke bahagian lain di Seoul. Pembinaan semula bermula pada tahun 1990-an sebagai sebahagian daripada inisiatif pemerintah Korea Selatan untuk membina semula " Lima Istana Besar" yang banyak dimusnahkan oleh orang Jepun. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh pertumbuhan bandar dan berdekad-dekad pengabaian, kerajaan hanya dapat membina semula sekitar 33% dari bekas Istana.[3]