Gyeongbokgung
Gyeongbokgung

Gyeongbokgung

Gyeongbokgung (Hangul: 경복궁; Hanja: 景福宮), juga dikenali sebagai Istana Gyeongbokgung atau Istana Gyeongbok, adalah istana utama dinasti Joseon. Dibina pada tahun 1395, ia terletak di utara Seoul, Korea Selatan. Istana yang terbesar daripada Lima Istana Besar yang dibina oleh dinasti Joseon, Gyeongbokgung menjadi tempat persemayaman Raja-raja dinasti Joseon, kerabat-kerabat Raja, serta kerajaan Joseon.Gyeongbokgung terus menjadi istana utama dinasti Joseon sehingga premis itu dimusnahkan oleh api semasa Perang Imjin (1592-1598) dan ditinggalkan selama dua abad. Walau bagaimanapun, pada abad ke-19, semua 7,700 buah bilik istana kemudian dipulihkan di bawah pimpinan Putera Pangkuan Heungseon semasa pemerintahan Raja Gojong. Sebanyak 500 bangunan telah dipulihkan di tapak lebih daripada 40 hektar itu.[1][2] Prinsip-prinsip seni bina Korea kuno telah dimasukkan ke dalam tradisi dan penampilan istana diraja Joseon.Pada awal abad ke-20, banyak istana dihancurkan secara sistematik oleh Empayar Jepun. Sejak itu, kompleks istana berdinding secara beransur-ansur dipulihkan kepada bentuk asalnya. Hari ini, istana ini boleh dikatakan sebagai yang paling indah dan mempesonakan daripada semua lima buah istana. Ia juga menempatkan Muzium Istana Negara Korea dan Muzium Rakyat Kebangsaan di dalam kawasan kompleks itu.

Gyeongbokgung

Hanja
Koordinat 37°34′43″N 126°58′38″E / 37.57861°N 126.97722°E / 37.57861; 126.97722Koordinat: 37°34′43″N 126°58′38″E / 37.57861°N 126.97722°E / 37.57861; 126.97722
Bandar atau pekan Daerah Jongno, Seoul
Hangul
Dibuka 1395
McCune–Reischauer Kyŏngbokkung
Penyewa semasa Muzium Istana Negara Korea
Muzium Rakyat Kebangsaan
Negara Korea Selatan
Perumian Semakan Gyeongbokgung
Gaya seni bina Korea
Jenis Istana diraja (dahulu)

Rujukan

WikiPedia: Gyeongbokgung http://221.145.178.204/nrichdata/etc/book/file/199... http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2011/... http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2012/... http://www.koreartnet.com/wOOrII/initial/list0110/... http://www.lifeinkorea.com/Travel2/seoul/66 http://www.munhwa.com/news/view.html?no=2007110301... http://www.theseoulguide.com/sights/palaces/gyeong... http://publications.nichibun.ac.jp/region/d/NSH/se... http://www.arirang.co.kr/News/News_View.asp?nseq=1... http://www.arirang.co.kr/News/News_View.asp?nseq=1...