Trivia Hadiah_Nobel

Marie Skłodowska-Curie, pemenang Hadiah Nobel dua kali yang pertama dalam sejarah

Dalam sejarah Hadiah Nobel, terdapat hanya empat orang yang pernah menerima hadiah ini sebanyak dua kali. Mereka adalah:

  1. Marie Skłodowska-CurieFizik (1903): Penemuan keradioaktifanKimia (1911): Pengasingan radium tulen
  2. Linus PaulingKimia (1954): Teori Orbital HibridKeamanan (1962): Aktivisme Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear
  3. John BardeenFizik (1956): Rekaan transistorFizik (1972: Teori kesuperkonduksian
  4. Frederick SangerKimia (1958): Struktur molekul insulinKimia (1980): Penjujukan nukleotida virus

Selain itu, Jawatan Antarabangsa Persatuan Palang Merah (ICRC) telah menerima Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1917, 1944, dan 1963. Dua hadiah yang pertama itu adalah semata-mata untuk menghargai kerja kumpulan ini semasa perang-perang dunia.

Adik-beradik yang tunggal untuk memenangi Hadiah-hadiah Nobel ialah Jan Tinbergen (Ekonomi, 1969) dan adik lelakinya, Niko Tinbergen (Perubatan, 1973).

Hanya seorang tunggal yang pernah merupakan pemenang Oscar dan Hadiah Nobel. Tokoh Ireland, George Bernard Shawm memenangi Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada tahun 1925, serta anugerah Oscar untuk "Padanan Skrip Filem Yang Terbaik" pada tahun 1938.

Rujukan

WikiPedia: Hadiah_Nobel http://www.cbc.ca/news/technology/story/2011/10/03... http://www.cs.uwaterloo.ca/~alopez-o/math-faq/node... http://www.idsia.ch/~juergen/nobelshare.html http://almaz.com/nobel/why_no_math.html http://www.britannica.com/nobel/ http://www.cnn.com/SPECIALS/2001/nobel.100/index.h... http://www.drproctor.com/os/weisspaper.pdf http://www.historychannel.com/tdih/tdih.jsp?month=... http://nobelprizes.com/nobel/nobel.html http://www.the-scientist.com/article/display/20931...