Frederick_Sanger
Frederick_Sanger

Frederick_Sanger

Frederick Sanger, OM, CH, CBE, FRS, FAA /ˈsæŋər/ (13 Ogos 1918 – 19 November 2013) ialah seorang ahli biokimia British yang telah mendapat Hadiah Nobel dalam Kimia sebanyak dua kali (hanya beliau dan John Bardeen dalam Fizik telah melakukan sedemikian dalam kategori yang sama).[1] Beliau merupakan orang keempat mendapat dua Hadiah Nobel. Pada 1958, beliau mendapat Hadiah Nobel "bagi kerjanya terhadap struktur protein, terutamanya terhadap insulin". Pada 1980 pula, Walter Gilbert dan Sanger berkongsi separuh hadiah "bagi sumbangan berkenaan penentuan asas jujukan asid nukleik". Separuh lagi diberikan kepada Paul Berg "bagi kajian fundamental biokimia asid nukleik, khususnya terhadap teknologi DNA rekombinan".Sanger meninggal dunia dalam tidur di Hospital Addenbrooke di Cambridge pada 19 November 2013.[2]

Frederick_Sanger

Lahir (1918-08-13)13 Ogos 1918
Rendcomb, Gloucestershire, England
Dikenali kerana Jujukan peptida insulin, kaedah dideoksi penjujukan DNA
Tesis The metabolism of the amino acid lysine in the animal body (1943)
Anugerah Hadiah Nobel dalam Kimia (1958)
Pingat Copley (1977)
Hadiah Nobel dalam Kimia (1980)
Bidang Ahli biokimia
Pelajar kedoktoran Rodney Robert Porter
Liz Blackburn
Meninggal dunia 19 November 2013(2013-11-19) (umur 95)
Cambridge, England
Warganegara British
Penasihat kedoktoran Albert Neuberger
Institusi Universiti Cambridge
Laboratory of Molecular Biology
Pusat pendidikan Universiti Cambridge

Rujukan

WikiPedia: Frederick_Sanger http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p387211748 http://isni.org/isni/0000000083981625 http://nobelprize.org/nobel_prizes/chemistry/laure... http://nobelprize.org/nobel_prizes/chemistry/laure... http://www.nobelprize.org/nobel_prizes/facts/ http://www.sanger.ac.uk/ http://www.telegraph.co.uk/news/obituaries/science... https://aleph.nkp.cz/F/?func=find-c&local_base=aut... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb13609989v