Kerjaya Hafidz_Roshdi

2012–2015: Kerjaya awal

Hafidz memulakan kerjaya hiburan dengan menjadi salah seorang finalis Hero Remaja 2011/12 bersama Saharul Ridzwan, Fattah Amin, Syafiq Kyle, Ben Amir, Nazrief Nazri, Fendy Bakry dan Hafreez Adam. Penyertaannya di dalam pertandingan ini menjadikan Hafidz sebagai peserta termuda dalam Hero Remaja 2011/12.[5]

Beliau membuat penampilan drama televisyen pertamanya menerusi drama Baby Ana Milik Siapa?, memegang watak sebagai Edry. Drama ini turut dibintangi oleh Cristina Suzzanne dan Hairul Azreen. Hafidz mula menerima perhatian umum menerusi gandingannya bersama Uqasha Senrose menerusi drama adaptasi novel, Tundukkan Playboy Itu, memegang watak sebagai Harraz Naufal.[6]

2016–kini: Mula dikenali

Selepas Tundukkan Playboy Itu, beliau muncul pula menerusi drama Mr. Donat Karamel yang menggandingkan beliau bersama penyanyi kumpulan De Fam, Azira Shafinaz, diadaptasi dari novel dengan judul sama nukilan Hanny Esandra;[7] Hafidz memegang watak Faiq Faiqal.[8]

Hafidz menjayakan peranan utama sebagai Fareeq dalam Red Velvet lakonan bersama Alif Satar dan Neelofa untuk siaran di Slot MegaDrama Astro Ria. Beliau berlakon dengan adik Uqasha iaitu Nelydia Senrose dalam drama Cinta Tiada Ganti, adaptasi telenovela Filipina popular iaitu Sana'y Wala Nang Wakas yang dibintangi oleh Jericho Rosales dan Kristine Hermosa. Ini merupakan kali pertama Hafidz berlakon dalam drama sepanjang 100 episod yang turut dibintangi oleh Addy Ashraf, Ben Amir dan Atikah Suhaime.[9]

Menjelang 2019, Hafidz bakal menyusun atur strategi untuk menubuhkan syarikat produksi miliknya sendiri.[10] Filem pertama Hafidz ialah filem seram Pusaka arahan Razaisyam Rashid, yang juga menggandingkan pasangan kekasih, Syafiq Kyle dan Mimi Lana, Sweet Qismina dan Ogy Ahmad Daud. Filem ini ditayangkan pada 31 Oktober 2019, bertepatan dengan Halloween.[11]

Rujukan

WikiPedia: Hafidz_Roshdi http://www.budiey.com/tv3-tv9-lancar-kempen-ramada... http://www.imdb.com/name/nm0520932/ http://www.melvister.com/2016/05/biodata-nurul-shu... http://onedirectmoviez.blogspot.my/2016/01/biodata... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&d... http://www.kosmo.com.my/hiburan/hafidz-roshdi-rebu... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/demi-azira-h... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/rezeki-berla... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/uqasha-ketep...