Hailee Steinfeld (lahir 11 Disember 1996)
[1] merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi wanita
Amerika Syarikat. Beliau mula dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Mattie Ross dalam filem
True Grit, di mana beliau telah dicalonkan untuk
Anugerah Akademi bagi kategori
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik,
Anugerah Screen Actors Guild untuk Persembahan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Sokongan dan
Anugerah BAFTA untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama. Beliau juga melakonkan watak Petra Arkanian dalam filem aksi
cereka sains 2013
Ender's Game.
[2] Beliau juga melakonkan watak Juliet Capulet dalam filem Romeo & Juliet (2013), Zooey Renner dalam filem
3 Days to Kill (2014) dan Violet Mulligan dalam filem
Begin Again (2014). Beliau melakonkan watak Emily Junk dalam siri filem
Pitch Perfect (2015–2017), seterusnya memegang watak sebagai Nadine Franklin dalam filem
The Edge of Seventeen (2016) di mana beliau menerima pencalonan di
Anugerah Golden Globe. Selepas menyanyikan lagu "Flashlight" dalam filem
Pitch Perfect 2, Steinfeld melancarkan versi saduran lagu tersebut dan kemudiannya menandatangani kontrak bersama Republic Records. Beliau melancarkan single sulungnya, "Love Myself", yang menerima pensijilan platinum di beberapa negara, dan seterusnya melancarkan
EP sulungnya, Haiz. Pada 2016, beliau melancarkan single "Starving", dengan kolaborasi bersama Grey dan
Zedd, yang menduduki nombor 12 di carta
Billboard Hot 100. Selain dalam kerjaya lakonannya, Steinfeld juga bergiat aktif dalam pemodelan. Pada Mei 2011, beliau dilantik sebagai wajah
Miu Miu, tidak lama selepas True Grit ditayangkan.
[3]