Biodata Haji_Mahadi

Haji Mohd Mahadi Bin Haji Mohd Said dilahirkan pada 1914 di Kampung Merbuk, Negeri Sembilan dan pernah mendapat pendidikan di Madrasah al-Falah, Makkah. Beliau anak kelapan daripada 15 beradik. Antara saudaranya ialah Ahmad Mohd Said iaitu bekas Mufti Besar Negeri Sembilan; Redza sebagai ahli Majlis Mesyuarat Undangan Malaysia dan Abdul Rashid seorang guru agama terkenal di Singapura dan Malaysia.[perlu rujukan]

Haji Mahadi pernah mendapat pendidikan agama di Kota Makkah sewaktu berusia 14 tahun, beliau telah dihantar mengikuti pengajian di Madrasah al-Falah selama dua tahun. Dengan pengalaman itu, maka tidak hairanlah mengapa beliau sudah pun bergelar 'Haji' ketika mula menyertai Malay Films Production atau MFP.