Haloperidol
Haloperidol

Haloperidol

Haloperidol, dijual di bawah nama Haldol dan lain-lain, ialah sebuah ubat antipsikotik tipikal.[4] Haloperidol digunakan untuk merawat penyakit jiwa seperti skizofrenia, sindrom Tourette, mania dalam gangguan bipolar, delirium, kegelisahan, psikosis akut dan halusinasi dalam penyisihan alkohol.[4][5][6] Haloperidol boleh dimakan melalui mulut, atau disuntik ke otot atau vena darah.[4] Haloperidol lazimnya mula berfungsi dalam 30 ke 60 minit.[4] Suatu formulasi jangka panjang dapat digunakan sebagai suntikan setiap empat minggu terhadap pesakit skizofrenia atau gangguan berkaitan yang mungkin terlupa atau enggan mengambil ubat secara oral.[4]Haloperidol boleh membawa kepada suatu gangguan pergerakan dipanggil diskinesia tardif, dan boleh kekal.[4] Sindrom malignan neuroleptik dan pemanjangan selang QT juga boleh berlaku.[4] Dalam kalangan warga tua dengan psikosis akibat to demensia, ubat ini membawa kepada risiko kematian yang lebih tinggi.[4] Pengambilan ketika hamil boleh membawa kesan kepada bayi.[4][7] Haloperidol tidak patut diambil oleh pesakit penyakit Parkinson.[4]

Haloperidol

Model 3D (JSmol)
Bioketersediaan 60–70% (melalui mulut)[2]
Pengikatan protein ~90%[2]
Nama dagang Haldol, Serenace dan lain-lain
CompTox Dashboard (EPA)
IUPHAR/BPS
ChEBI
Penyingkiran separuh hayat 14–26 jam (IV), 20.7 jam (otot), 14–37 jam (oral)[2]
MedlinePlus a682180
Formula C21H23ClFNO2
PubChem CID
AHFS/Drugs.com Monograph
Kelas dadah Antipsikotik tipikal
ChemSpider
DrugBank
ChEMBL
KEGG
Jisim molar 375.87 g·mol−1
Data lesen
Kod ATC
UNII
Kategorikehamilan
Status perundangan
  • AU: S4 (Preskripsi sahaja)
  • KA: Rx sahaja
  • UK: POM (Prescription only)
  • AS: Rx sahaja
Nombor CAS
ECHA InfoCard 100.000.142
Sebutan /ˌhæloʊˈpɛrɪdɒl/
Kaedahpemberian Mulut, intraotot, intravena, depot (sebagai ester dekanoat)
Perkumuhan Melalui hempedu (seterusnya tahi) dan urin[2][3]
Metabolisme Di hati[2]