Hanbok
Hanbok

Hanbok

Hanbok (di Korea Selatan) atau Chosŏn-ot (di Korea Utara) ialah pakaian tradisional Korea untuk pakaian formal atau separa formal semasa majlis tradisional seperti perayaan, keraian, dan upacara. Ia dicirikan melalui warna-warna cerah dan garis sederhana tanpa poket. Walaupun istilahnya secara harfiah bermaksud "pakaian Korea", hari ini hanbok biasanya merujuk secara khusus pada pakaian yang dipakai pada zaman dinasti Joseon. Korea mempunyai dua tradisi pakaian di iaitu para penguasa dan bangsawan mengguna pelbagai jenis gaya peribumi yang dipengaruhi oleh orang asing, seperti gwanbok untuk para pegawai, sementara orang biasa mempertahankan gaya pakaian asli yang berbeza, yang sekarang dikenal sebagai hanbok.[1][2]Pada tahun 1996, Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan menubuhkan "Hari Hanbok" untuk mendorong warga Korea Selatan memakai hanbok.[3]

Rujukan

WikiPedia: Hanbok http://recyclelacma.blogspot.com/2009/06/purple-ko... http://recyclelacma.blogspot.com/2009/06/red-korea... http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2006/... http://news.chosun.com/site/data/html_dir/2011/06/... http://cnews041.com/sub_read.html?uid=29559&sectio... http://cnews041.com/sub_read.html?uid=36151&sectio... http://cnews041.com/sub_read.html?uid=46289&sectio... http://cnews041.com/sub_read.html?uid=47529&sectio... http://cnews041.com/sub_read.html?uid=48695&sectio... http://www.dprk-tour.com/sub03/04.php