Upacara Hanbok

Hwarot, pakaian pengantin

Hanbok dikelaskan mengikut tujuannya: pakaian sehari-hari, pakaian istiadat, dan pakaian khas. Gaun upacara dipakai pada kesempatan rasmi, termasuk ulang tahun pertama anak, perkahwinan, atau pemakaman. Pakaian khas pula dibuat untuk dukun dan pegawai.[17]

Hanbok(Hangul: 한복; Hanja: 韓服) adalah pakaian tradisional orang Korea yang dipakai setiap hari hingga hanya 100 tahun yang lalu, asalnya dirancang untuk memudahkan pergerakan. Tetapi sekarang, ia hanya dipakai pada majlis perayaan atau ulang tahun khas. Ia pakaian formal dan kebanyakan orang Korea menyimpan hanbok untuk waktu-waktu istimewa dalam hidup mereka seperti perkahwinan, Chuseok (Kesyukuran Korea), dan Seollal (Tahun Baru Korea). Anak-anak pula memakai hanbok untuk meraikan ulang tahun pertama mereka (Hangul: 돌잔치). Walaupun hanbok tradisional itu sendirinya indah, reka bentuknya telah berubah secara perlahan dari generasi ke generasi. Teras hanbok adalah bentuknya yang anggun dan warnanya yang cerah, sukar untuk menganggap hanbok sebagai pakaian sehari-hari kini tetapi perlahan-lahan di revolusi melalui perubahan kain, warna dan ciri, yang mencerminkan keinginan seseorang.

Hanbok Tradisional Wanita terdiri dari jeogori, yang merupakan kemeja atau jaket, dan gaun chima, yang merupakan skirt yang melilit yang biasanya dipakai penuh. Hanbok seorang lelaki terdiri daripada jeogori (jaket) dan seluar longgar yang dipanggil baji. Juga terdapat pakaian Po tambahan yang merupakan kot luar, atau jubah, jokki yang merupakan jenis rompi dan magoja yang merupakan jaket luar yang dipakai di atas jeogori untuk kehangatan dan gaya.[26]

Warna hanbok melambangkan kedudukan sosial dan status perkahwinan. Contohnya, warna-warna terang biasanya dipakai oleh kanak-kanak dan perempuan, dan warna pudar dipakai oleh lelaki dan wanita pertengahan umur. Wanita yang belum berkahwin sering memakai jeogori kuning dan chima merah sementara wanita matron memakai hijau dan merah, dan wanita dengan anak lelaki memakai biru gelap. Kelas atasan memakai pelbagai warna. Sebaliknya, orang biasa diharuskan memakai warna putih, tetapi mengenakan warna merah jambu pucat, hijau muda, kelabu dan arang pada majlis-majlis khas.

Juga, status dan kedudukan dapat dikenal pasti oleh bahan hanbok. Kelas atasan berpakaian hanbok dari kain rami yang ditenun rapat atau bahan ringan lain yang bermutu tinggi untuk bulan-bulan yang lebih panas dan sutera polos dan bercorak sepanjang baki tahun. Orang biasa, sebaliknya, hanya terhad pada kapas. Corak disulam pada hanbok pula mewakili kehendak pemakainya. Bunga peony pada gaun pengantin, mewakili keinginan untuk kehormatan dan kekayaan. Bunga teratai melambangkan harapan untuk bangsawan, dan kelawar dan delima menunjukkan keinginan untuk anak-anak. Naga, phoenix, burung jenjang dan harimau hanya untuk pegawai kerajaan dan pegawai tinggi.[27]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Hanbok http://recyclelacma.blogspot.com/2009/06/purple-ko... http://recyclelacma.blogspot.com/2009/06/red-korea... http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2006/... http://news.chosun.com/site/data/html_dir/2011/06/... http://cnews041.com/sub_read.html?uid=29559&sectio... http://cnews041.com/sub_read.html?uid=36151&sectio... http://cnews041.com/sub_read.html?uid=46289&sectio... http://cnews041.com/sub_read.html?uid=47529&sectio... http://cnews041.com/sub_read.html?uid=48695&sectio... http://www.dprk-tour.com/sub03/04.php