Hani Saleh Hasan Hanjour (
Bahasa Arab: هاني صالح حسن حنجور, Hānī Ṣāliḥ Ḥasan Ḥanjūr) (13 Ogos 1972 – 11 September 2001) ialah juruterbang perampas
Penerbangan 77 American Airlines yang menghempaskan
kapal terbangnya ke dalam
Pentagon dalam
serangan 11 September 2001.Hanjour yang merupakan warga
Arab Saudi mula-mula datang ke Amerika Syarikat 1991 untuk menelaah bahasa Inggeris di
Universiti Arizona selama beberapa bulan sebelum kembali ke
Arab Saudi pada awal tahun berikutnya, tanpa sebarang niat untuk melancarkan serangan besar-besaran. Beliau kembali ke AS pada tahun 1996 untuk belajar bahasa Inggeris di
California sebelum menjalani latihan penerbangan di
Arizona. Beliau menerima sijil juruterbang komersilnya pada tahun 1999, lalu kembali ke tanah airnya untuk mencari pekerjaan juruterbang komersil. Hanjour mendaftar diri di sekolah penerbangan awam di
Jeddah, tetapi ditolak. Dengan rasa kecewanya, pandangan
keagamaannya semakin radikal. Hanjour meninggalkan keluarganya pada tahun 1999, kononnya untuk berhijrah ke
Emiriah Arab Bersatu untuk mencari pekerjaan. Menurut
Khalid Sheikh Mohammed,
Osama bin Laden atau
Mohammed Atef mengecam Hanjour sebagai juruterbang terlatih di sebuah kem latihan
Afghanistan lalu memilihnya untuk menyertai serangan 11 September. Hanjour kembali di Amerika Syarikat pada Disember 2000, lalu menyertai
Nawaf al-Hazmi di
San Diego. Kemudian, mereka berlepas ke Arizona di mana Hanjour mengulang kaji latihan juruterbang. Pada April 2001, mereka berdua berpindah ke
Falls Church, Virginia, kemudian ke
Paterson, New Jersey pada akhir Mei di mana Hanjour mengambil latihan juruterbang lagi. Hanjour kembali ke kawasan Washington D.C. pada 2 September 2001, dan mendaftar diri di sebuah
motel di
Laurel, Maryland. Pada 11 September 2001, Hanjour menaiki
Penerbangan 77 American Airlines, merampas kapal terbang itu dengan bantuan ahli-ahli pasukannya yang menaklukan para juruterbang, kakitangan dan penumpang, lalu menerbangkan kapal terbang ke arah Pentagon dalam serangan 11 September 2001. Hempasan itu membunuh kesemua 64 penumpang dan 125 orang di Pentagon.