Nawaf Muhammed Salim al-Hazmi (
Bahasa Arab: نواف الحازمي, Nawāf al-Ḥāzmī; juga dikenali sebagai Rabia al-Makki)
[2] (9 Ogos 1976 – 11 September 2001) ialah salah seorang daripada lima orang perampas
Penerbangan 77 American Airlines yang dihempaskan ke dalam bangunan
Pentagon dalam
serangan 11 September 2001.Anak watgan
Arab Saudi ini bersama kawannya,
Khalid al-Mihdhar, meninggalkan kampung halaman mereka pada tahun 1995 untuk berjuang dalam
Perang Bosnia. Hazmi kemudiannya pergi ke
Afghanistan untuk berjuang di samping
Taliban melawan
Perikatan Utara Afghanistan. Selepas berjuang di
Chechnya pada tahun 1998, beliau kembali ke Arab Saudi pada awal tahun 1999.Hazmi dan Mihdhar yang sekian lama bersekutu dengan
al-Qaeda, dipilih oleh
Osama bin Laden sebagai mujahidin terhormat atas pengalaman perjuangan mereka yang luas untuk sebuah rancangan pengganas yang besar untuk menerbangkan kapal terbang komersil ke sasaran-sasaran tertentu di Amerika Syarikat. Hazmi dan Mihdhar menerima
visa pelancong AS pada April 1999. Hazmi berlatih di sebuah kem latihan al-Qaeda pada musim luruh 1999, kemudian ke
Malaysia untuk
Sidang Kemuncak al-Qaeda pada tahun 2000.Nawaf tiba di AS dari
Bangkok,
Thailand, pada 15 Januari 2000, bersama
Khalid al-Mihdhar di
Los Angeles. Mereka berdua berdiam di Parkwood Apartments di
San Diego hingga Mei 2000. Pada bulan itu, mereka berlatih penerbangan di San Diego. Oleh sebab kurang fasih berbahasa Inggeris, prestasi Hazmi and Mihdhar kurang memuaskan sepanjang latihan mereka dan dianggap mencurigakan oleh pelatih mereka.Mihdhar meninggalkan Hazmi di California untuk ke Yaman pada Jun 2000. Hazmi menetap di California sehingga beliau bertemu dengan
Hani Hanjour pada Disember 2000. Mereka berdua pergi ke
Phoenix, Arizona, kemudian berpindah ke
Falls Church, Virginia pada tahun 2001, di mana mereka disertai oleh perampas bantuan yang lain. Hazmi kerap berjumpa dengan
Mohamed Atta, iaitu dalang serangan ini 9/11, pada musim panas 2001.Pada 10 September 2001, Hazmi bersama Mihdhar dan Hanjour mendaftar masuk ke dalam sebuah hotel di
Herndon, Virginia. Keesokan paginya, Nawaf al-Hazmi dengan empat lagi perampas menaiki
Penerbangan 77 American Airlines lalu merampas kapal terbang terbabit supaya
Hani Hanjour boleh mengawal dan menghempaskan kapal terbang ke dalam
Pentagon dalam
serangan 11 September 2001. Hempasan ini membunuh kesemua 64 penumpang dan kakitangan dalam pesawat dan 125 lagi di Pentagon. Hazmi mula-mulanya disangka sekadar "pembantu" ekoran serangan itu, tetapi lambat-laun didapati memainkan peranan yang lebih penting dalam perancangan operasi daripada yang dipercayai pada mulanya.
[3] Adiknya,
Salem al-Hazmi, juga seorang perampas dalam penerbangan yang sama.