Khalid_al-Mihdhar

Khalid Muhammad Abdallah al-Mihdhar (Bahasa Arab: خالد المحضار‎, Khālid al-Miḥḍār; juga dialih huruf sebagai Almihdhar) (16 Mei 1975[1] – 11 September 2001) adalah salah seorang daripada lima perampas Penerbangan 77 American Airlines, yang diterbangkan ke dalam Pentagon sebagai sebahagian daripada serangan 11 September 2001.Al-Mihdhar dilahirkan di Arab Saudi dan menyertai Perang Bosnia pada 1990-an. Pada awal 1999, beliau pergi ke Afghanistan di mana, sebagai seorang pejuang berpengalaman dan dihormati, dia dipilih oleh Osama bin Laden untuk menyertai serangan tersebut. Al-Mihdhar tiba di California dengan Nawaf al-Hazmi pada Januari 2000, selepas singgah di Malaysia untuk Sidang Kemuncak al-Qaeda Kuala Lumpur. Di waktu ini, CIA telah mengetahui akan Mihdhar, dan gambarnya ditangkap di Malaysia bersama seorang lagi anggota al-Qaeda yang terlibat dalam pengeboman USS Cole. CIA bagaimanapun tidak memaklumkan FBI apabila ia mengetahui Mihdhar dan Hazmi memasuki A.S., dan Mihdhar tidak diletak dalam mana-mana senarai amatan sehingga akhir Ogos 2001.Pada pagi 11 September 2001, Mihdhar menaiki Penerbangan 77 American Airlines, yang dirampas kira-kira 30 minit selepas berlepas. Kapal terbang itu dihempaskan secara sengaja pada Pentagon, mengorbankan kesemua 64 orang dalam pesawat, bersama dengan 125 di darat.