Hans_Zimmer
Hans_Zimmer

Hans_Zimmer

Hans Florian Zimmer (Sebutan bahasa Jerman: [hans ˌfloːʁi̯aːn ˈtsɪmɐ]; lahir 12 September 1957) ialah seorang komposer dan penerbit rekod Jerman. Sejak era 1980an, beliau telah menulis atau mencipta muzik untuk lebih daripada 150 filem. Kerjanya termasuk The Lion King dimana beliau memenangi Anugerah Akademi untuk Skor Asal Terbaik pada tahun 1994, siri filem Pirates of the Caribbean, The Thin Red Line, Gladiator, The Last Samurai, trilogy The Dark Knight, Inception dan Interstellar.Zimmer menghabiskan bahagian awal kariernya di United Kingdom sebelum berpindah ke Amerika Syarikat. Beliau merupakan ketua bahagian muzik filem di studio DreamWorks dan bekerja bersama komposer lain melalui syarikat yang ditubuhnya, Remote Control Productions.[1]Beliau telah menerima empat Anugerah Grammy, tiga Anugerah Klasikal BRIT, dua Golden Globe dan satu Anugerah Akademi. Beliau juga dinamakan dalam senarai 100 Orang Genius Hidup diterbitkan oleh The Daily Telegraph.[2]