Sambutan Hantu_Kak_Limah_(filem)

Kutipan

Pada hari pembukaan rasmi, Hantu Kak Limah meraih kutipan sebanyak RM650 ribu sekaligus menjadi filem tempatan pertama yang berbuat demikian bagi rekod ketiga. Filem ini berjaya meraih kutipan sebanyak RM 1.8 juta pada hari pertama tayangan.[26] Sehingga 13 Ogos 2018, filem ini berjaya meraih kutipan tertinggi sebanyak RM9 juta, sekaligus menjadikan Hantu Kak Limah sebagai filem tempatan pertama mendapat kutipan tertinggi selepas 4 hari ditayangkan.[27][28][29] Mamat Khalid kemudian menyatakan rasa terharu dengan sambutan positif penonton terhadap Hantu Kak Limah: "Memang tidak dijangka sama sekali. Hasil kutipan yang mencipta rekod ini merupakan satu kejutan bukan sahaja kepada saya malah seluruh tenaga kerja yang menjayakan filem itu,".[30] Filem ini berjaya memecahkan rekod dengan catatan RM13.6 juta untuk tayangan minggu pertama, sekaligus mengetepikan KL Special Force arahan Syafiq Yusof yang meraih kutipan sebanyak RM12.1 juta. Ini menjadikan Hantu Kak Limah 3 sebagai filem tempatan pertama dengan kutipan tertinggi untuk tahun 2018.[31][32] Buat pertama kali dalam sejarah industri perfileman Malaysia, Hantu Kak Limah 3 berjaya meraih kutipan tertinggi sebanyak RM27.5 juta dalam tempoh 15 hari tayangan sekaligus membenamkan rekod yang dipegang oleh Abang Long Fadil 2 juga arahan Syafiq yang meraih kutipan RM17.9 juta[33][34] di samping menjadi filem tempatan pertama yang mendapat kutipan melebihi RM20 juta.[8][35][36][37][38] Sehingga 26 Ogos 2018, filem ini berjaya meraih kutipan tertinggi sebanyak RM32.5 juta dalam tempoh 18 hari tayangan.[39][40] Sehingga 2 September 2018, filem ini telah mengumpul kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM36.23 juta.[41]

Ulasan kritis

Filem ini menerima ulasan positif dan bercampur-campur dari pengkritik filem. Kenneth Chaw dari Star2 melihat Hantu Kak Limah tidak jauh beza, sementara watak-watak baru, yang masing-masing mempunyai idiosinkrasis mereka sendiri, memancarkan daya tarikan tertentu dan menawan untuk menonton.[42] Ifqdar Rahman dari Utusan Malaysia menyifatkan filem ini sebagai "naskhah pecah perut", berkata: "Secara peribadi, tidak dinafikan filem Hantu Kak Limah pada tangan Mamat mampu berdiri sebagai sebuah filem malar segar pada masa akan datang. Bukan kerana karya itu diadunkan hasil oleh gerak kerja sebuah produksi yang terbaik semata-mata malah dilengkapkan dengan resipi mengikut cita rasa semasa penonton,".[43]

Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online menulis: "Walaupun Hantu Kak Limah memiliki kelebihan tersendiri sebagai sebuah filem komedi tetapi [penulis tidak dapat menolak bahawa] ia turut mempunyai kelemahan yang telah merencatkannya daripada menjadi sebuah filem komedi terbaik."[44] Madiha Abdullah dari Astro Awani menyifatkan filem ini sebagai "sebuah karya yang mudah, tetapi berintelek".[45] Menurut satu ulasan oleh Malaysiakini: "Sekian banyak filem atau drama telah mengulang lawak makan-makanan yang sebenarnya disediakan oleh hantu. Begitu juga adegan menonggeng untuk memastikan kesahihan hantu.".[46]

Tayangan media

Bermula 18 Oktober 2018, Hantu Kak Limah dipertontonkan buat pertama kalinya di televisyen di mana pelanggan ASTRO boleh melanggannya di Astro First.

Rujukan

WikiPedia: Hantu_Kak_Limah_(filem) http://www.astroawani.com/berita-hiburan/fenomena-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/gempak-ha... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/pecah-per... http://www.gempak.com/artikel/10877/peraduangempak... http://www.gempak.com/artikel/11263/lagu-srikandi-... http://www.gempak.com/artikel/7486/hantu-kak-limah... http://www.imdb.com/title/tt8757960/ http://www.kosmo.com.my/hiburan/hantu-kak-limah-su... http://www.kosmo.com.my/hiburan/hantu-kak-limah-su... http://www.kosmo.com.my/hiburan/mungkin-hantu-kak-...