Keluaran Hantu_Kak_Limah_3

Majlis pelancaran promosi Hantu Kak Limah diadakan di Dewan Seni, MATIC, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2018 yang turut dihadiri oleh barisan pelakon, penerbit dan pengarah.[22] Hantu Kak Limah 3 ditayangkan pada 9 Ogos 2018 di pawagam seluruh Malaysia.[23] Treler rasmi filem dikeluarkan di saluran YouTube Astro Shaw pada 10 Julai 2018.[24]

Majlis pratonton filem ini diadakan pada 8 Ogos 2018 di Golden Screen Cinemas, IOI City Mall Putrajaya jam 7:30 malam. Ia turut dihadiri oleh barisan pelakon dan pengarah.[25]