Hari_AIDS_Sedunia
Hari_AIDS_Sedunia

Hari_AIDS_Sedunia

Hari AIDS Sedunia disambut pada 1 Disember setiap tahun untuk memupuk kesedaran mengenai wabak AIDS yang disebabkan oleh jangkitan HIV. Pada hari inilah menjadi kebiasaan untuk memperingati mangsa-mangsa yang terkorban akibat HIV/AIDS. Pegawai kerajaan dan kesihatan turut menyambut hari ini dengan berucap atau berforum mengenai AIDS. Sejak tahun 1995, Presiden Amerika Syarikat melakukan perisytiharan rasmi pada Hari AIDS Sedunia. Kerajaan negara-negara lain turut mengadakan ucapan yang seumpamanya.AIDS telah meragut lebih 25 juta nyawa sejak tahun 1981 hingga 2007,[1] sementara kira-kira 33.2 juta orang seluruh dunia menghidapi HIV pada tahun 2007,[2] menjadikan AIDS sebagai antara wabak-wabak pemusnah yang paling dahsyat dalam seluruh catatan sejarah. Sungguhpun rawatan antiretroviral semakun mudah didapati di merata dunia, namun wabak AIDS tetap mengorbankan kira-kira 2 juta nyawa pada tahun 2007,[3] yang mana 270,000 daripadanya berusia kanak-kanak.[4]