Hari_Bastille
Hari_Bastille

Hari_Bastille

Hari Bastille atau nama rasminya La Fête nationale (Sebutan bahasa Perancis: [fɛːt nasjɔˈnal]; Sambutan Kebangsaan) ialah hari cuti kebangsaan utama negara Perancis yang ditetapkan pada 14 Julai setiap tahun. Hari ini mengingati peristiwa Fête de la Fédération, iaitu jamuan besar yang diadakan pada 1790 untuk merayakan ulang tahun pertama serbuan penjara Bastille pada 14 Julai 1789. Peristiwa serbuan Bastille merupakan cetusan utama yang menbawa kepada Revolusi Perancis.