Hari_Olimpik

Hari Olimpik disambut pada 23 Jun setiap tahun, sempena penubuhan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di Paris.[1] Idea ini dicadangkan pada tahun 1947 semasa Sesi IOC ke-41 oleh ahli IOC Czechoslovakia, Doktor Gruss, dan diterima oleh IOC pada Januari 1948.[2] Hari Olimpik telah dihubungkaitkan dengan Larian Hari Olimpik, yang dimulakan pada tahun 1987, di seluruh dunia.[3]Hari Olimpik kini disambut di seluruh dunia oleh Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan masing-masing, bukan sebagai sebuah acara sukan sahaja tetapi juga merangkumi program pendidikan dan kebudayaan.[1] Tiga prinsip Hari Olimpik ialah bergerak, belajar dan meneroka (move, learn, discover).[4]

Rujukan

WikiPedia: Hari_Olimpik http://www.fairplayinternational.org/what-is-olymp... https://olympics.com/ioc/news/ioc-launches-stronge... https://olympics.com/ioc/news/olympic-day-2020-the... https://olympics.com/ioc/news/what-is-olympic-day/ https://olympics.com/ioc/olympic-day https://olympics.com/ioc/olympic-day/case-studies/... https://olympics.com/ioc/olympic-day/case-studies/... https://stillmed.olympics.com/media/Document%20Lib... https://olympians.org/news/51/olympians-all-over-t... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Olympi...