Hayate_the_Combat_Butler
Hayate_the_Combat_Butler

Hayate_the_Combat_Butler

Hayate the Combat Butler (ハヤテのごとく!, Hayate no Gotoku!) ialah suatu siri manga Jepun, ditulis dan diilustrasi oleh Kenjiro Hata, mengisahkan tentang seorang budak lelaki mendapat satu jawatan baru iaitu pembantu peribadi dan kisah dengan majikannya. Penyesuaian animasi dari manga Jepun itu mula disiarkan pada 1 April 2007, dan berakhir pada 30 Mac 2008 di TV Tokyo. Animasi Jepun Hayate Combat Butler musim ke-2 secara rasmi untuk diproduksi oleh TV Tokyo pada laman rasmi pada 31 Mac 2008. Pada 4 Julai 2008, Bandai Entertainment mengumumkan bahawa mereka telah melesenkan siri animasi Jepun Hayate no Gotoku musim 1. Pada tahun 2012, Siri anime ini kembali dalam musim ke-3 pada 3 Oktober 2012 dan tamat pada 19 Disember 2012. Pada Mac 2013, siri ke-4 anime ini telah diumumkan. Nama tajuk siri ke-4 iaitu "Hayate no Gotoku! Cuties" mula disiarkan di TV Tokyo pada 8 April 2013 sehigga 1 Julai 2013.

Hayate_the_Combat_Butler

Dikeluarkan pada 8 April 2013 – 1 Julai 2013
Penyiaran Asal TV Tokyo
Dilesenkan oleh Bandai Entertainment
Pengarah Masashi Kudo, Yooichi Ueda
Penerbit Lain NXB Kim Đồng
Haksan Publishing
Chuang Yi
Sharp Point Press
Comics World
Elex Media Komputindo
Vibulkij Publishing Group Viz Media
Penerbit Shogakukan
Jilid 42
Pengarang Kenjiro Hata
Studio Manglobe
Majalah Asal Shōnen Sunday
Genre Shōnen, Parodi, Komedi, Komedi Romantik, Aksi
Tarikh Pengeluaran Mei 2004 – kini