Kerjaya Hefny_Sahad

Sebelum memulakan kerjaya penyiaran, Hefny terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya dengan bekerja di beberapa syarikat insurans dan bank tempatan.[2]

Pada 23 Mei 2012, beliau menjadi salah seorang daripada 20 peserta rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang penyiaran di Astro Ria, On Air yang turut disertai oleh Dahlia Shazwan, Syakirin Husnal, Hafizul Kamal dan CK Faizal, di mana beliau merupakan naib juara.[3] Hefny merupakan salah seorang daripada 11 pengacara dan wartawan pelapis Astro di bawah bimbingan Datuk Aznil Nawawi.[4]

Pada tahun 2013, beliau berpasangan bersama Hafizul dalam rancangan Fear Factor Malaysia yang dihoskan oleh Datuk Aaron Aziz, yang mana mereka merupakan naib juara di belakang Hairul Azreen dan Dazrin Kamarudin yang bergelar juara.[5] Hefny membuat penampilan layar kaca pertamanya menerusi drama Benci vs. Cinta yang dibintangi oleh Nora Danish dan pelakon Indonesia, Randy Pangalila.

Hefny muncul dalam pementasan teater Pak Pandir Yo! yang merupakan penampilan pentas pertamanya.[6] Beliau digandingkan bersama pelakon Amyra Rosli mengacarakan rancangan Muzik-Muzik di TV3 selama satu musim.

Bermula 9 Mac 2018, Hefny merupakan salah seorang dari 8 pengacara yang mengacarakan rancangan bual bicara terbaru terbitan TV3, Borak Kopitiam.[7] Beliau membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem Operasi X arahan Sandosh Kesavan.[8]

Beliau muncul bersama Kilafairy, Erwin Dawson dan Cristina Suzanne dalam siri drama misteri, Nafas di ntv7, memegang watak Farid.[9]

Hefny muncul bersama Raysha Rizrose dalam drama Cintaku di Bumi Izmir yang bersiaran di Unifi TV pada Ogos 2018, memegang watak sebagai Aidid.[10]

Rujukan

WikiPedia: Hefny_Sahad http://www.azhan.co/biodata-hefny-sahad-host-baru-... http://www.budiey.com/senarai-peserta-fear-factor-... http://www.imdb.com/name/nm0219571/ http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/hefny-sahad-... http://www.utusan.com.my/hiburan/cukup-cerita-saya... https://www.facebook.com/HefnySahad https://www.instagram.com/HefnySahad/ https://www.malaysiakini.com/hiburan/312905