Hermann_Hoth
Hermann_Hoth

Hermann_Hoth

Hermann "Papa" Hoth (12 April 1885 – 25 Januari 1971) adalah seorang pegawai kanan dalam tentera darat Jerman dari tahun 1903 hingga 1945. Beliau mencapai pangkat Kolonel Jeneral semasa Perang Dunia II. Beliau berjuang di Perancis, namun beliau lebih dikenali sebagai panglima panzer di Barisan Timur. Hoth memerintah Kumpulan Panzer Ketiga semasa Operasi Barbarossa pada tahun 1941, dan kemudian Tentera Darat Ke-4 Panzer semasa penyerangan musim panas tahun 1942 Wehrmacht. Susulan dari pengepungan Tentera Darat Ke-6 di Stalingrad pada November 1942, ketumbukan panzer Hoth gagal menyelamatkannya sewaktu Operasi Wintergewitter. Selepas Stalingrad, Hoth telah terlibat dalam penyerangan balas Kursk pada musim panas tahun 1943 dan Pertempuran Kiev. Tentera Darat Keempat Panzer di bawah arahan beliau di Kursk merupakan formasi kereta kebal terbesar yang pernah dikumpulkan. Hoth telah dipecat dari pemerintahannya oleh Adolf Hitler pada tahun 1943, hanya dikembalikan semula pada minggu-minggu terakhir peperangan. Selepas perang, beliau telah dipenjarakan selama 6 tahun kerana jenayah perang, dan selepas itu menjadi seorang penulis tentang sejarah ketenteraan.

Hermann_Hoth