High_Maintenance

High Maintenance ialah EP kedua oleh pelakon dan penyanyi pop Amerika Miranda Cosgrove, yang dikeluarkan oleh Columbia dan Epic Records pada 17 Mac, 2011. EP telah didahului oleh satu single, "Dancing Crazy", yang ditulis bersama penyanyi-penulis lagu pop punk Kanada Avril Lavigne dengan Max Martin dan Shellback, yang menerbitkannya. Single itu menajdinya yang pertama untuk melakar di carta Top Heatseekers, memuncak pada nombor 21. Single itu juga menaiki carta di Hot 100 Airplay, memuncak di nombor 49, serta memuncak di 36 di carta Pop Songs, yang berasaskan kepada siaran di radio pop. Ia juga menaiki carta di negara seperti Slovakia, di mana ia memuncak pada nombor tujuh belas. High Maintenance telah disediakan untuk pra pesanan pada 2 Mac 2011, hari yang sama "Dancing Crazy" boleh didapati secara percuma di iTunes.[3]EP itu telah dipromosikan terutamanya melalui lawatan dan kemunculan promosi di televisyen. Teknik promosi utama adalah Jelajah Dancing Crazy Tour, yang dinamakan sempena single utama EP. Jelajah itu, yang mempunyai lebih dua puluh hentian di Amerika Utara, berlangsung selama hampir empat bulan dengan interisi empat bulan, bermula 24 Januari 2011 dan berakhir 25 Februari 2011 dan meneruskan 15 Julai 2011 dan berakhir 10 Ogos 2011. Greyson Chance membuat persembahan pembukaan untuknya pada semua tarikh jelajah. Duo berkenaan turut menyanyikan "Dancing Crazy" bersama-sama di The Ellen DeGeneres Show pada 9 Mac 2011. Teknik promosi yang lain termasuk persembahan di Hard Rock Cafe pada hari keluaran EP, dan juga temu bual dalam bual bicara seperti The Today Show dan The Ellen DeGeneres Show.

High_Maintenance

Dikeluarkan pada 17 Mac 2011[1][2]
Masa 16:08
Penerbit
  • Max Martin
  • Shellback
  • Josh Alexander
  • Rivers Cuomo
  • Lucas Secon
  • Scott Cutler
  • Anne Preven
  • Mozella McDonald
  • Greg Kurstin
Dirakam pada 2010–2011
Genre
Syarikat
  • Columbia
  • Epic