Hikikomori

Hikikomori (ひきこもり or 引き籠もり, Hikikomori, secara literal; "menarik diri, terkunci", bahasa Inggeris: acute social withdrawal) merupakan istilah Jepun yang merujuk kepada fenomena dikalangan individu-individu menyendiri yang telah memilih untuk menjauhkan diri mereka daripada kehidupan sosial, seringkali menyesuaikan diri dengan tahap pengasingan diri yang ekstrem disebabkan oleh pelbagai faktor peribadi dan sosial dalam dan luar hidup mereka. Istilah hikikomori merujuk kepada fenomena psikologi dalam erti kata generik dan juga kepada para individu yang terlibat dalam golongan ini.