Menos Hollow

Walaupun hollow secara amnya merupakan penjelmaan roh mati dalam bentuk yang lain, terdapat juga hollow yang wujud sebagai jenis tersendiri yang digelar menos (perkataan Sepanyol yang bermaksud "kurang" atau "kecil"). Menos tercipta apabila beberapa hollow menindih antara satu sama lain, akhirnya bersatu. Ini mewujudkan sebuah makhluk yang jauh lebih kuat berbanding hollow-hollow yang biasa. Hollow tahap menos dianggap sebagai suatu ancaman yang besar sehingga Soul Society menghantar kumpulan shinigami yang terlatih sahaja untuk mengendalikan serbuan mereka. Serbuan mereka jarang dilakukan kerana mereka kerap tinggal di Hueco Mundo dan jarang meninggalkan kawasan tersebut melainkan jika mereka mengesan kuasa atau semangat yang kuat ataupun digalakkan oleh kuasa asing. Terdapat tiga jenis hollow bertahap menos: gillian, adjuchas dan vasto lorde.

Menos tahap gillian.

Menos tahap gillian (girian) merupakan tahap menos yang paling lemah. Saiz mereka jauh lebih besar berbanding hollow yang lain tetapi mereka serba kekurangan dari segi kepantasan dan kepintaran. Walaupun menos tahap gillian agak kuat, mereka masih tidak berkemampuan mengalahkan seorang shinigami berpangkat leftenan. Menurut Hitsugaya Tōshirō, gillian boleh disamakan sebagai sekumpulan kadet tentera sahaja. Di Soul Society, gillian dikenali sebagai menos grande dan ditulis dalam beberapa buku teks membincangkan hal menos. Menos grande adalah perkataan Sepanyol secara literalnya bermaksud "kurang besar". Tulisan kanji untuk menos grande ialah 大虚 (bermaksud kekosongan luas).

Contoh bayang-bayangan menos tahap adjuchas

Menos tahap adjuchas (ajūkasu) merupakan menos yang lebih kecil berbanding gillian. Mereka mempunyai persamaan dengan manusia, tetapi secara terperinci masih menyerupai hollow. Mereka lebih bijak berbanding menos di tahap gillian dan lebih berkuasa. Adjuchas berkemungkinan menyamai kuasa ataupun kehebatan seorang shinigami tahap leftenan. Mereka bertugas menjaga menos tahap gillian. Menos jenis ini mempunya populasi yang lebih kecil berbanding menos jenis gillian.

Contoh bayang-bayangan menos tahap vasto lorde.

Menos tahap vasto lorde (vastorōde) merupakan tahap yang tertinggi dan terhebat yang boleh dicapai menos. Mereka mempunyai persamaan yang ketara dengan manusia, dan setiap daripada mereka adalah lebih kuat daripada seorang shinigami tahap kapten; menurut Tōshirō, sepuluh vasto lorde di bawah pimpinan Aizen adalah lebih daripada mencukupi untuk mengalahkan seluruh Soul Society. Mereka mempunyai populasi yang paling kecil berbanding tahap-tahap menos yang lain, tetapi bilangan mereka secara tepat tidak dapat dipastikan. Mereka dipercayai hidup di bahagian dalaman Hueco Mundo, dan diperlukan Sōsuke Aizen untuk perancangan sulitnya yang masih diselubungi misteri.Ichigo Kurosaki pernah berubah kebentuk ini dalam perlawanannya dengan Ulquiorra Schifer