Honda_Civic_Hybrid
Honda_Civic_Hybrid

Honda_Civic_Hybrid

Honda Civic Hybrid merupakan versi kereta hibrid bagi Honda Civic, mula diperkenalkan di Jepun pada akhir 2001. Ia didatangkan sama ada dengan transmisi boleh laras berterusan atau (sehingga 2005) transmisi manual 5 kelajuan. Ia menggunakan sistem hibrid Bantuan Motor Bersepadu yang serupa dengan Honda Insight.Civic Hybrid mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2003 serta menjadi satu-satunya kereta hibrid yang dijual di Malaysia sehinggalah model-model hibrid lain seperti Toyota Prius dan Honda Insight turut dibawa masuk. Generasi pertama Civic Hybrid adalah berasaskan Civic generasi ketujuh manakala generasi kedua pula berasaskan Civic generasi kelapan. Civic Hybrid dinobatkan sebagai kereta hibrid kedua terlaris di Amerika Syarikat.[1] Setakat penghujung Januari 2009, jumlah jualah Civic Hybrid sudah melebihi 255,000.[2]

Rujukan

WikiPedia: Honda_Civic_Hybrid http://www.bloomberg.com/news/2011-02-17/honda-pla... http://www.greencarcongress.com/2010/02/honda-stud... http://www.greencarcongress.com/2011/01/civic-2011... http://www.greencarcongress.com/2011/02/honda-2011... http://world.honda.com/news/2001/4011213.html http://world.honda.com/news/2009/4090218Hybrid-Veh... http://consumerguideauto.howstuffworks.com/2002-ho... http://www.afdc.energy.gov/afdc/data/vehicles.html http://www.fueleconomy.gov/feg/calculatorCompareSi... http://www.honda.com.my