Ekonomi Hubei

Hubei sering digelar "Tanah Ikan dan Beras" (Bahasa Cina: 鱼米之乡; pinyin: yú mǐ zhī xiāng). Keluaran pertanian terpenting di Hubei termasuk kapas, beras, gandum, dan teh, manakala perindustriannya termasuk kereta, metalurgi, jentera, janaan kuasa, tekstil, makanan dan komoditi teknologi tinggi.

Sumber galian yang banyak didapati di Hubei termasuk boraks, hongsyiit, wolastonit, garnet, batu napal, besi, fosforus, tembaga, gipsum, rutil, garam batu, paduan emas, mangan dan vanadium. Simpanan arang boleh pulih di wilayah ini berada pada 548 juta ton, iaitu dianggap sederhana berbanding wilayah-wilayah lain di China.

Sebaik sahaja disiapkan, Empangan Tiga Gaung di Hubei barat akan menyediakan kuasa hidroelektrik yang kuat, dengan penghasilan kuasa tahunan dijangka pada 84,700 Gwh. Stesen hidroelektrik sedia ada termasuk Gezhouba, Danjiangkou, Geheyan, Hanjiang, Duhe, Huanglongtan, Bailianhe, Lushui dan Fushui.

Ekonomi Hubei adalah yang ke-12 terbesar di negara dan KDNK nominalnya untuk tahun 2006 ialah 749.7 bilion yuan (AS$96.9 bilion) dan per kapita 13,169 yuan (AS$1,709).

Rujukan

WikiPedia: Hubei http://www.hubei.gov.cn http://www.hubei.gov.cn/zwgk/zxwj/201803/t20180306... http://www.china.org.cn/english/features/43585.htm http://beekaytravels.blogspot.com/2006/12/11-novem... http://www.muztagh.com/images/map/map-of-hubei-lar... http://www.cn.undp.org/content/dam/china/docs/Publ... http://whc.unesco.org/en/list/705 http://tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagen... https://web.archive.org/web/20170107005006/http://... https://web.archive.org/web/20180622111517/http://...