Empangan Tiga Gaung (
Cina Ringkas: 长江三峡大坝;
Cina Tradisional: 長江三峽大壩;
pinyin: Chángjiāng Sānxiá Dà Bà,
bahasa Inggeris; Three Gorges Dam) ialah sebuah
empangan sungai hidroelektrik China yang terletak di
Sungai Yangtze di
Sandouping,
Yichang,
Hubei,
China. Pada tahun 2007, empangan ini menjadi empangan sungai hidroelektrik terbesar di dunia.Empangan ini dibina daripada bahan konkrit, panjangnya kira-kira 2,335
meter (7,661
ka), dan tingginya 185 meter (607 ka). Empangan ini lebarnya 115 meter (377.3 ka) pada hilirnya dan 40 meter (131.2 ka) di bahagian atasnya. Projek ini menggunakan 28,000,000
m³ (36,600,000
ela padu) konkrit, 463,000 tan keluli, dan menggerakkan 134,000,000 m³ (175,000,000 ela padu) tanah. Takungannya berkepanjangan 600
kilometer (373
Batu|mi) dan mampu menampung 39.3 km padu (9.43 batu padu) air.Empangan Tiga Gaung adalah pilihan yang lebih mesra alam berbanding dengan loji kuasa pembakaran arang. Jumlah muatan kuasanya boleh mencapai 22,400
MW dan menjadikannya stesen jana kuasa hidroelektrik terbesar di dunia mengikut muatan kuasa apabila siap pada tahun 2009.
[1] Pemasangan penjana masih perlu disiapkan, dan empangan ini tidak dijangka beroperasi penuh sehingga sekitar tahun 2009. Kini, (pada bulan Ogos 2007), muatan stesen jana kuasanya ialah 11,900 MW. Janaan elektrik tahunannya dijangka kira-kira 84.7
TWh, menjadikan empangan ini empangan hidroelektrik kedua terbesar di dunia, mengekori
Itaipu yang menjana 93.4 TWh setiap tahun.Konsep empangan ini dibayangkan oleh
Sun Yat-sen sebagai Pembangunan Antarabangsa China pada tahun 1919. Setelah penubuhan
Republik Rakyat China, beberapa pemimpin berkeinginan untuk memulakan projek empangan ini tetapi oleh sebab kekurangan sumbers,[
perlu rujukan] mereka mengerjakan
Empangan Gezhouba terlebih dahulu.Setelah menerima kelulusan
Kongres Rakyat Kebangsaan pada
3 April 1992, pembinaan dimulakan pada tahun 1994. Kerja-kerja struktur disiapkan pada
20 Mei 2006, sembilan bulan lebih awal daripada apa yang dijadualkan.
[2]Takungan air mula berisi pada
1 Jun 2003, dan bakal menduduki sebahagian kawasan
Tiga Gaung, di antara bandaraya-bandaraya
Yichang, Hubei dan
Fuling,
Chongqing.
[1]Seperti mana empangan-empangan lain, tercetusnya perdebatan mengenai baik dan buruknya membina Empangan Tiga Gaung. Walaupun terdapat faedah ekonomi seperti kawalan banjir dan kuasa hidroelektrik, namun timbulnya juga kebimbangan terhadap masa hadapan 1.13 juta orang yang bakal dipaksa berpindah oleh kenaikan takat air, kehilangan banyak tapak-tapak arkeologi dan budaya yang bernilai, serta kesan terhadap alam sekitar.
[2]