Hudson's_Bay_Company
Hudson's_Bay_Company

Hudson's_Bay_Company

Hudson's Bay Company (HBC; Bahasa Perancis: Compagnie de la Baie d'Hudson - "Syarikat Teluk Hudson") ialah sebuah kelompok dagang peruncitan di Kanada; ia tidak sahaja menjalankan kedai-kedai di sana tetapi juga di Amerika Syarikat serta beberapa negara di Eropah iaitu Belgium, Belanda dan Jerman. Syarikat utama kelompok ini ialah Hudson's Bay,[2] namun terdapat juga divisyen lain termasuk Galeria Kaufhof, Home Outfitters, Lord & Taylor dan Saks Fifth Avenue. Syarikat ini beribupejabat di Brampton, Ontario;[3] ia turut disenaraikan dalam Bursa Saham Toronto di bawah singkatan "HBC".Ia mulanya menjalankan suatu monopoli perdagangan bulu di sebahagian besar kawasan Amerika Utara yang dikenali sebagai Tanah Rupert. Pada tahun 1670, ia dikurniakan suatu piagam diraja oleh Kerajaan England lalu menjadikan ia suatu kerajaan de facto selama hampir 200 tahun hingga 1869 di mana keseluruhan tanah milik ia dijual kepada kerajaan Kanada sebagai salah satu daripada syarat termaktub dalam suatu perjanjian pertukaran.[4][5] Syarikat ini beralih tumpuannya kepada penjualan barangan runcit yang pelbagai dari bulu haiwan ke perabot mahal di beberapa gudang serata Kanada pada pertengahan abad ke-19,[6][7][8] lama-kelamaan berkembang menjadi pasar raya yang banyak didapati dan dimiliki syarikat ini kini.[9]

Hudson's_Bay_Company

Pemilik NRDC Equity Partners (48%)
Jumlah aset CAD12.23 bilion (2018)
Pendapatan bersih CAD258.1 juta (2014)
Perancang utama
Ibu pejabat 8925 Torbram Road, Brampton, Ontario, Kanada
Laman sesawang www.hbc.com
Ditubuhkan London, England
2 May 1670 (350 tahun yang lalu) (2 May 1670)
Hasil CAD5.223 bilion (2014)
Pembahagian
Didagangkan sebagai Templat:TSX
Jenis Syarikat awam[1]

Rujukan

WikiPedia: Hudson's_Bay_Company http://hbcheritage.ca/hbcheritage/history/people/e... http://www.hbcheritage.ca/hbcheritage/collections/... http://www.hbcheritage.ca/hbcheritage/history/over... http://www.hbcheritage.ca/hbcheritage/history/time... http://www.hbcheritage.ca/hbcheritage/history/week... http://www.hbcheritage.ca/hbcheritage/home http://www.canadahistory.com/sections/Politics/pm/... http://business.financialpost.com/2013/03/06/the-b... http://www.fundinguniverse.com/company-histories/h... http://www.hbc.com