Sebahagian daripada
siri Fiqh Islam(suatu disiplin kajian Islam)
Hudud (
Bahasa Arab: حدود Ḥudūd; tunggal:
hadd,
حد, bererti harfiah "had" atau "batasan") merupakan konsep Islam yang berasaskan
al-Quran dan
Hadis yang menakrifkan "jenayah terhadap Allah".
[1][2] Antaranya adalah jenayah
zina,
mukah,
kehomoseksualan,
qazaf (menuduh orang atas persetubuhan haram tetapi gagal menyampaikan empat saksi Muslim),
[3][4] murtad, pengambilan khamar (minuman keras),
bughat (penderhakaan), penyamunan dan pencurian.
[1][5][6]Dalam hukum Islam iaitu
syariah, jenayah hukum mengundang segolongan hukuman yang ditetapkan oleh Allah (dan tidak boleh dicabar atau dipinda) menurut kepercayaan Muslim, antaranya sebatan atau rejaman hingga mati di khalayak umum, pemotongan tangan atau hukuman bunuh di khalayak umum.
[7] Akan tetapi hukuman rejam dan bunuh di khalayak umum agak jarang berlaku pada zaman sekarang di kebanyakan negara Islam. Kini ia terdapat di negara-negara Islam yang menurut tafsiran syariah yang paling ketat seperti
Arab Saudi dan
Iran.
[2][8]Hukum syariah mengenali jenayah-jenayah lain yang tidak tergolong dalam hudud. Antaranya ialah
qisas yang dikira sebagai pertikaian peribadi antara dua pihak yang membenarkan tindakan balas sebagai hukuman, dan
takzir yang mana hukuman terpulang kepada budi bicara hakim syariah.
[1][9]