Kesinambungan Husin,_Mon_dan_Jin_Pakai_Toncit

Rencana utama: Hantu Kak Limah 3

Pada 14 Februari 2013, iaitu seminggu selepas Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit ditayangkan, Gayatri Su-Lin Pillai mengumumkan akan menerbitkan siri ketiga filem ini, berikutan sambutan positif yang diterima. Beliau berkata dalam temuramah bersama Sinar Harian: "Kami ada perancangan untuk hasilkan filem Hantu Kak Limah 3. Kami dah bincang dengan Mamat Khalid,".[13]

Mamat Khalid kembali menduduki kerusi pengarah dan menulis skrip dengan Awie dan Delimawati kembali menjayakan watak lakonan mereka.[14] Uqasha Senrose telah menandatangani untuk menjayakan filem ini.[15] Penggambaran dijalankan pada 19 Oktober 2017 di Taiping, Perak dan mengambil masa 22 hari untuk disiapkan dengan kos pembikinan sebanyak RM1.2 juta dan berakhir pada 9 November 2017.[16] Hantu Kak Limah 3 ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 9 Ogos 2018.[17]

Rujukan

WikiPedia: Husin,_Mon_dan_Jin_Pakai_Toncit http://www.astroawani.com/berita-hiburan/husin-mon... http://filemklasikmalaysia.blogspot.com/2014/11/pe... http://www.imdb.com/title/tt2981728/ http://ohbulan.com/teaser-filem-husin-mon-dan-jin-... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&d... http://www.kosmo.com.my/hiburan/hantu-kak-limah-su... http://epaper.mmail.com.my/2017/11/23/hantu-kak-li... http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2013/02/07/... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/hantu-kak-li... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/hantu-kak-li...