Hypp_Sports

HyppSports ialah perkhidmatan siaran acara sukan melalui televisyen yang disediakan oleh unifi TV menerusi tiga saluran. Saluran HyppSports 1 & 2 merupakan usahasama dengan ASN/Sports Illustrated untuk membawakan acara-acara sukan sukaramai dari Amerika Syarikat, khususnya NFL dan NASCAR. Manakala HyppSports 3 pula merupakan antara penyiar rasmi untuk membawakan acara siaran langsung perlawanan bola sepak terulung seperti Bundesliga, International Champions Cup, unifi Liga Malaysia, dan Pirelli Malaysia Superbike Championship – kesemuanya dipancarkan dalam bentuk gambar HD.Pada 1 Februari 2018, Unifi TV dengan kerjasama Football Malaysia LLP (FMLLP) membawakan acara perlawanan bola sepak Liga Malaysia 2018 yang merangkumi unifi Liga Super Malaysia, unifi Piala Malaysia, 100Plus Liga Premier Malaysia, Piala Sumbangsih, dan Shopee Piala FA Malaysia. Kesemua perlawanan disiarkan secara langsung dalam bentuk definisi tinggi (HD) melalui set-top-box di HyppSports 3 dan HyppSports Plus (Saluran 703 & 704), dan juga melalui aplikasi playTV@unifi – sekali gus ditawarkan secara percuma kepada semua pelanggan dan bukan pelanggan unifi TV.[1]Bermula 1 Ogos 2018, Siaran saluran ASN/Sports di HyppSports 1 & 2 akan ditamatkan dek kerana pembekal kandungan siaran iaitu ASN (juga dikenalkan sebagai Sports Illustrated Television) telah menghentikan operasinya di negara-negara Asia Tenggara yang tertentu, termasuk Malaysia dan Singapura.Pada 1 Januari 2019, keseluruhan siaran rangkaian HyppSports melalui HyppSports 3 HD Saluran 703 akhirnya ditamatkan dek kerana kekurangan kandungan sukan bermutu dan sambutan penonton.