Sejarah I

Hieroglif mesir ˁY Proto-SemitikPhoenician YI EtruscanIota Yunaniı/i Turkik Lama

Dalam bahasa Semitik, huruf Yôdh mungkin bermula sebagai piktogram untuk sebatang lengan dan tangan, berasal dari hieroglif serupa yang membawa nilai frikatif faringeal bersuara (/ʕ/) dalam bahasa Mesir, tetapi dialihkan ke /j/ (seperti "ya") oleh orang-orang Semitik, kerana perkataan Semitik untuk "lengan" bermula dengan bunyi itu. Huruf ini juga boleh digunakan untuk bunyi vokal /i/, terutamanya dalam perkataan asing.

Orang Yunani menerima satu bentuk yodh Phoenicia ini sebagai huruf iota (Ι, ι) mereka bagi bunyi vokal /i/, begitu juga dalam abjad Italik Lama. Dalam bahasa Latin (seperti dalam Bahasa Greek Moden), huruf ini juga dipakai untuk bunyi konsonan /j/. Huruf J moden asalnya merupakan bentuk kelainan bagi huruf ini, dan kedua-duanya digunakan kesalingbolehtukaran untuk vokal dan konsonan, sehingga akhirnya dibezakan pada abad ke-16.

Dalam bahasa Inggeris moden, I melambangkan pelbagai bunyi berbeza, terutamanya satu diftong "panjang" /aɪ/ yang berkembang dari /iː/ bahasa Inggeris Pertengahan selepas Peralihan Vokal Besar pada abad ke-15, serta juga vokal "pendek" terbuka /ɪ/ seperti dalam "bill". Titik pada atas 'i' kecil kadang-kala dipanggil tittle. Dalam abjad Turki, I bertitik dan tanpa titik dianggap sebagai huruf berasingan dan kedua-duanya mempunyai bentuk huruf besar (I, İ) dan kecil (ı, i).