Kesan IPad

Sejak kemunculan pertama pada 2010, arena pengkomputeran dan gaya hidup banyak berubah. Pelbagai laman sesawang mula dibangunkan untuk komputer tablet, perisian seperti perisian membeli-belah secara dalam talian, menu digital, fotografi mula membanjiri Apps Store.

Para pengguna juga dikatakan mula kurang menggunakan komputer peribadi mereka dan banyak menghabiskan masa dengan iPad.[16]

Bagi syarikat komersial, iPad dianggap sebagai satu penyelesaian murah dalam bidang aplikasi elektronik. Pada Jun 2010, Penerbangan Malaysia memperkenalkan MHkiosk yang membolehkan pengguna membeli tiket penerbangan menggunakan kiosk yang dilengkapi iPad.

Urusan yang tidak melibatkan kertas (paperless) juga menjadi mudah kerana keperluan untuk membawa komputer riba yang saiznya besar dan berat tidak diperlukan. Kebolehan iPad untuk membaca fail format PDF juga membolehkan pelajar membaca journal dan tugasan tanpa perlu mencetaknya.

Di Malaysia

iPad telah memberikan peluang kepada masyarakat dan juga syarikat untuk lebih terlibat dalam bidang IT. Bagi restoran, menu elektronik mula diperkenalkan[17]. Penerbangan Malaysia pula menggunakan iPad bagi memudahkan pengguna membeli tiket dan check-in[18]. Akhbar Malaysia juga memperkenalkan Apps untuk pengguna tablet.

Kanak-kanak semakin mudah menggunaan internet malah telah menjadi trend untuk kanak-kanak mahukan iPad daripada ang-pow[19]. Pernah juga menjadi isu dimana, tablet dan telefon pintar perlu dibenarkan dibawa ke sekolah[20]. Tetapi dengan internet yang tidak terkawal (tiada parental control), banyak bantahan diterima dari ibubapa. Arahan melarang membawa telefon bimbit dan komputer ke sekolah masih tidak berubah.[21]

Perkembangan Wi-Fi spot atau Hotspot di Malaysia juga boleh dikreditkan kepada iPad yang mempopularkan sambungan internet dimana-mana sahaja.