ISO_639-3

ISO 639[1]-3:2007, Kod perlambangan nama bahasa — Bahagian 3: Kod Alfa-3 untuk liputan tuntas bahasa, ialah piawai antarabangsa untuk kod bahasa dalam siri ISO 639. Ia memerikan kod tiga huruf bagi mengenal pasti bahasa. Piawai ini memperluas kod alfa-3 ISO 639-2 demi meliputi semua bahasa sejadi yang diketahui. ISO 639-3 diterbitkan pada 5 Februari 2007 [1] dan bertujuan untuk pelbagai penggunaan, khususnya sistem komputer yang mendokong banyak bahasa. Ia memberikan hitungan bahasa dengan seberapa lengkap yang mungkin, baik bahasa moden mahupun bahasa pupus, bahasa kuno atau bahasa binaan, bahasa utama atau bahasa minor, serta bahasa tulisan mahupun yang bukan.[1] Bagaimanapun, ISO 639-3 tidak merangkumi bahasa binaan semula seperti bahasa Proto-Indo-Eropah.[2]ISO 639-3 ialah superset kepada ISO 639-1 dan bahasa-bahasa individu dalam piawai ISO 639-2. ISO 639-[2][1]1 dan ISO 639-2 menumpukan bahasa utama yang dilambangkan oleh seluruh kepustakaan dunia. Oleh sebab ISO 639-2 juga merangkumi kumpulan bahasa tetapi Bahagian 3 tidak, namun ISO 639-3 bukannya superset kepada ISO 639-2. Jika kod B dan T wujud dalam ISO 639-2, piawai ISO 639-3 akan menggunakan kod T. Contoh:Piawai ISO 639-3 mengandungi 7,589 masukan.[3] Masukannya berasal daripada pelbagai sumber, termasuk:Peralihan daripada ISO 639-1 boleh dilakukan melalui Senarai kod ISO 639-1.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: ISO_639-3 http://www.circleid.com/posts/languages_in_the_roo... http://eikenes.alvestrand.no/pipermail/ietf-langua... http://forum.icann.org/lists/gtld-strategy-draft/m... http://www.iso.org/iso/en/CatalogueDetailPage.Cata... http://linguistlist.org/forms/langs/GetListOfAncie... http://www.sil.org/iso639-3/ http://www.sil.org/iso639-3/documentation.asp?id=a... http://www.sil.org/iso639-3/documentation.asp?id=a... http://www.sil.org/iso639-3/download.asp http://www.sil.org/iso639-3/macrolanguages.asp