Makrobahasa ISO_639-3

Rencana utama: Makrobahasa ISO 639

Terdapat 56 buah bahasa dalam ISO 639-2 yang dianggap sebagai "makrobahasa" dalam ISO 639-3 [4]. Sesetengah makrobahasa ini tidak mempunyai sebarang bahasa individu, sebagaimana ditakrifkan oleh ISO 639-3 dalam set kod ISO 639-2, misalnya 'ara' (bahasa Arab Generik). Bahasa-bahasa lain seperti 'nor' (Norway) mempunyai dua bahagian yang berasingan ('nno' (Nynorsk), 'nob' (Bokmål)) yang telah dimasukkan ke dalam ISO 639-2. Ini bermakna bahawa sesetengah bahasa (misalnya 'arb', bahasa Arab Baku) yang dianggap oleh ISO 639-2 sebagai dialek untuk sesuatu bahasa ('ara') kini dianggap sebagai bahasa tersendiri dalam ISO 639-3.

Terdapat percubaan untuk mengolah kelainan-kelainan yang berbeza antara satu sama lain daripada segi linguistik, tetapi dianggap oleh penuturnya sebagai dua bentuk untuk bahasa yang sama, misalnya dalam kes-kes diglosia. Untuk contoh, lihat:

Untuk senarai yang lengkap, lihat Pemetaan Makrobahasa (sil.org).

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: ISO_639-3 http://www.circleid.com/posts/languages_in_the_roo... http://eikenes.alvestrand.no/pipermail/ietf-langua... http://forum.icann.org/lists/gtld-strategy-draft/m... http://www.iso.org/iso/en/CatalogueDetailPage.Cata... http://linguistlist.org/forms/langs/GetListOfAncie... http://www.sil.org/iso639-3/ http://www.sil.org/iso639-3/documentation.asp?id=a... http://www.sil.org/iso639-3/documentation.asp?id=a... http://www.sil.org/iso639-3/download.asp http://www.sil.org/iso639-3/macrolanguages.asp