Ieper (
bahasa Perancis:
Ypres) ialah sebuah
perbandaran di Wilayah
Flanders Barat di
Belgium. Ia menjadi terkenal kerana menjadi lokasi beberapa pertempuran dalam Perang Dunia I. Sungguhpun Ieper merupakan satu-satunya nama rasmi dalam bahasa Belanda, nama bandar ini dalam
bahasa Perancis, Ypres, lebih biasa digunakan dalam bahasa Inggeris kerana peranannya dalam
Perang Dunia Pertama ketika hanya bahasa
Perancis digunakan dalam dokumen rasmi Belgium, termasuk di atas pera. Perbandaran ini terdiri dari bandar Ypres dan perkampungan Boezinge, Brielen, Dikkebus, Elverdinge, Hollebeke, Sint-Jan, Vlamertinge, Voormezele, Zillebeke, dan Zuidschote. Keseluruhannya, ia merupakan penempatan bagi 35,087 orang pada Januari 2012 dan luas daerah 130,61 km².
[1]Semasa Perang Dunia Pertama, Ypres merupakan pusat pertempuran sengit yang berlarutan antara pasukan
Jerman dan Berikat. Disebabkan pasukan British menghadapi masalah menyebut namanya semasa perang, mereka menggelarkannya sebagai bandar "Wipers."