Igor Karkaroff adalah watak rekaan dalam novel
Harry Potter karangan
J.K. Rowling. Pertama kali muncul sebagai Pengetua Institut Durmstrang, sebuah sekolah sihir di Eropah Utara.Karkaroff dulunya adalah Death Eater yang telah ditangkap oleh
Auror Alastor Moody setelah kejatuhan
Lord Voldemort. Kemudian,
Kementerian Sihir membebaskannya dari Azkaban, sebagai balasan Karkaroff menyebutkan nama-nama Death Eater yang lain. Walaupun beberapa nama yang diberikan tidak berguna (Death Eater yang ternyata sudah tertangkap ataupun mati), dia menukar maklumat tersebut dengan kebebasannya. Hal ini yang menyebabkan Karkaroff sangat takut dengan pembalasan Death Eater bila Voldemort bangkit kembali.Karkaroff menjadi Pengetua
Durmstrang. Di sana, dikatakan bahawa Ilmu Hitam dipelajari oleh pelajar Durmstrang (berbanding
Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam). Tambahan lagi, Durmstrang hanya terbuka bagi mereka yang berdarah tulen (walaupun tidak diketahui sama ada ini pengaruh Karkarof atau sudah lama dijalankan).Pelajar kesayangan Karkaroff adalah
Viktor Krum yang juga pemain Quidditch Antarabangsa yang berasal dari
Bulgaria. Dalam
Harry Potter dalam Piala Api, Karkaroff mengiringi pelajarnya ke Hogwarts untuk mengikuti
Kejohanan Ahli Sihir Trio. Sebagai Pengetua, dia juga bertindak sebagai juri dalam kejohanan tersebut. Setelah Harry terpilih sebagai salah satu wira, Karkaroff marah, menuntut untuk diadakan pemilihan semula, dan mengancam akan mengundurkan diri daripada kejohanan. Setelah bertikam lidah dengan Moody, akhirnya dia terpaksa menerima keputusan bahawa Harry harus tetap bertanding dalam kejohanan itu.Sepanjang berada di Hogwarts, dia bertemu dengan rakan sesama bekas Death Eater,
Severus Snape dan menunjukkan Tanda Kuasa Jahat yang semakin jelas di tangannya pada Snape. Pada bulan Jun 1995, menjelang akhir kejohanan, Karkaroff melarikan diri dan bersembunyi setelah merasakan kebangkitan kembali Voldemort. Pelajarnya kembali ke Durmstrang tanpa dirinya, dan menurut Krum, tidak menjadi masalah kerana waktu mereka berangkat, Karkaroff tidak melakukan apa-apa dan menyuruh pelajarnya yang melakukan macam-macam.Setelah bangkit kembali, Voldemort mengatakan tentang salah satu Death Eaternya yang terlalu pengecut untuk kembali, dan dia akan membalasnya. Walaupun tidak disebutkan siapa, kemungkinan ini merujuk pada Karkaroff dan pada buku keenam, dia ditemui mati dalam sebuah rumah dengan Tanda Kuasa Jahat berada di atasnya, menandakan bahawa dia telah dibunuh oleh Death Eater.
Arthur Weasley hairan dia mampu bertahan sehingga setahun setelah lari daripada Voldemort.