Arthur_Weasley
Arthur_Weasley

Arthur_Weasley

Arthur Weasley adalah watak rekaan dalam novel Harry Potter karangan J.K. Rowling. Beliau yang merupakan ketua keluarga Weasley lahir pada 6 Februari 1950-an berkahwin dengan dengan Molly Prewett dan memiliki tujuh orang anak iaitu Bill, Charlie, Percy, Fred, George, Ron, dan Ginny. Arthur adalah anak kepada Septimus dan Cedrella Weasley. Cedrella adalah keturunan keluarga Black ("Berdarah Sihir Tulen"), tetapi berkahwin dengan Septimus Weasley yang berasal daripada keluarga miskin dan dikenali dengan "darah pengkhianat". Sirius mengatakan bahawa Arthur sebenarnya adalah sepupu keduanya.Arthur Weasley bekerja di Kementerian Sihir di Jabatan Penyalahgunaan Artifak Muggle, dan pada tahun keenam Harry bersekolah di Hogwarts, beliau dinaikkan sebagai ketua Pejabat Pengesanan dan Penyitaan Sihir Pertahanan dan Benda Perlindungan Palsu. Arthur sangat ghairah dengan barangan Muggle, dan cita-cita terbesarnya adalah mengetahui cara pesawat terbang boleh tetap berada di langit. Kesukaannya adalah mengumpul barang-barang muggle seperti bateri.Dalam Harry Potter and the Order of the Phoenix, Arthur adalah anggota Kumpulan Phoenix dan diserang oleh ular yang dikawal oleh Voldemort. Harry yang fikirannya bersambungan dengan Voldemort, melihat kejadian ini dalam tidurnya dan kemudian menceritakannya kepada Albus Dumbledore dan akhirnya Arthur dapat diselamatkan dan dibawa ke Hospital St. Mungo.Arthur Weasley dalam filem dilakonkan oleh Mark Williams buat filem kedua, ketiga dan keempat.