Pengelasan Influenza_babi

Jenis SIV yang diasingkan sehingga kini telah dikelaskan sama ada sebagai virus influenza C atau satu dari pelbagai jenis genus kecil virus influenza A.[3]

Influenza A

Selesema babi diketahui disebabkan oleh influenza A jenis H1N1,[4] H1N2,[4] H3N1,[5] H3N2,[4] and H2N3.[6]

Pada babi, tiga virus influenza A jenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar di sekeliling dunia. Di Amerika Syarikat, H1N1 khususnya menular dalam populasi babi sebelum 1998; bagaimanapun, sejak akhir Ogos 1998, sub-jenis H3N2 telah diasingkan dari babi. Sehingga 2004, virus H3N2 diasingkan dari stok babi dan ayam turki di Amerika Syarikat merupakan penyusunan tiga (triple reassortants), mengandungi gen dari susur galur selesema manusia (HA, NA, dan PB1), babi (NS, NP, dan M), dan burung (PB2 dan PA).[7]

Interaksi dengan H5N1

Virus influenza burung H3N2 adalah wabak dalam populasi babi di China dan telah dikesan pada babi di Vietnam, meningkatkan kebimbangan kemunculan variasi baru.[8] Pakar kesihatan [nyatakan menurut siapa?] menyatakan bahawa babi mampu membawa virus influenza manusia, yang boleh bergabung (contoh. bertukar genome homologous sub-unit melalui penyusunan genetik dengan H5N1, memberi gen dan mutasi kedalam bentuk yang mudah tersebar dikalangan manusia.[9] H3N2 berevolusi dari H2N2 melalui anjakan antigenik.[10] Pada Ogos 2004, para penyelidik China menemui virus H5N1 dalam khinzir.[11]

Majalah Nature melaporkan bahawa Chairul Nidom, pakar virus di Universiti Airlangga pusat penyakit tropika di Surabaya, Jawa barat, melaksanakan kajian bebas pada 2005. Dia menguji darah dari 10 babi yang kelihatannya sihat terletak di ladang ayam di Jawa Barat di mana selesema burung berlaku. Lima dari contoh babi mengandungi virus H5N1. Kerajaan Indonesia sejak itu mendapati keputusan yang sama di daerah (region) sama. Ujian tambahan pada 150 babi di luar kawasan tersebut adalah negatif.[12][13]

Rujukan

WikiPedia: Influenza_babi http://www.news.com.au/dailytelegraph/story/0,2204... http://www.antena3noticias.com/PortalA3N/noticia/s... http://www.calgaryherald.com/Health/Swine+pandemic... http://www.newscientist.com/article/dn17025-deadly... http://www.reuters.com/article/bondsNews/idUSN2548... http://www.ynetnews.com/articles/0,7340,L-3706679,... http://www.vetmed.iastate.edu/departments/vdpam/sw... http://www.cidrap.umn.edu/cidrap/content/influenza... http://www.cidrap.umn.edu/cidrap/content/influenza... http://www.elmundo.es/elmundo/2009/04/26/espana/12...