Manuskrip Injil_Barnabas

Bahasa Itali

Manuskrip ini tersimpan di Perpustakaan Vienna, Austria. Manuskrip dalam bahasa Itali ini asalnya milik John Frederick Cramer dan diberikan kepada Eugene. Cramer ialah penasihat raja Prusia yang ketika itu berada di Amsterdam. Pada tahun 1709, Cramer mengambil manuskrip ini dari perpustakaan seorang bangsawan (tanpa nama) di Amsterdam. Naskhah ini dipinjamkan kepada Craemer Tolanddan kemudian dipinjamkan pula kepada Prins Jugend Savoy. Pada tahun 1738, naskhah ini dan lain-lain buku telah dipindahkan ke perpustakaan di Vienna sehingga sekarang.

Bahasa Sepanyol

Awal abad ke-18 , naskhah lain berbahasa Sepanyol telah ditemui yang mengandunig 222 pasal dan 420 halaman. Kebanyakkan tulisannya telah hilang kerana usianya yang terlalu tua.

Nashkah ini dipinjamkan oleh Dr Holm dari Hardley, Hampshire kepada Sale. Kemudian kepada Dr Minkhauss, seorang ahli King College di Oxford lalu diterjemah ke bahasa Inggeris. Naskhah asal telah diserah kepada Dr White semula. Dari kajian Dr White, manuskrip Sepanyol adalah terjemahan harafiah dari manuskrip Itali.

Sale menyatakan manuskrip Sepanyol ini adalah terjemahan dari bahasa Itali oleh seorang muslim Arughani bernama Mustafa Alarnadi. Dalam mukadimahnya ada kisah menarik tentang pastor Fra Marino. Mustafa Alarnadi atau Mustafa de Aranda ialah penduduk Islam di Istanbul, Turki kini. (dahulu dikenali sebagai Constantinople, Rome, Itali).

Manuskrip Sepanyol dikatakan telah hilang selepas diserahkan semula kepada Dr White pada abad ke-18 atau ke-19. Tetapi salinan abad ke-18 ditemukan pada tahun 1970-an di Fisher Library, Universiti Sydney dan dicatatkan sebagai milik Sir Charles Nicholson. Manuskrip dalam bahasa Sepanyol diterjemah ke bahasa Arab oleh seorang Kristian di Mesir bernama Dr Khalil Saadah pada tahun 1908.

Bahasa Indonesia

Injil Barnabas telah diterjemah ke dalam bahasa Indonesia oleh Husein Abu Bakar dan Abu Bakar Basmeleh pada tahun 1970.