Kerjaya Isa_Khan

Akademi Fantasia

Isa merupakan salah seorang daripada 15 peserta Akademi Fantasia musim ke-13 yang berlangsung dari 21 Ogos hingga 9 Oktober 2016, di mana beliau menduduki tangga ke-14 dan tersingkir di konsert minggu kedua.[1] Sepanjang penglibatannya dalam AF2016, Isa menyanyikan lagu:

  1. "Terakhir" (Sufian Suhaimi)
  2. "Ketahuan" (Matta)

Kerjaya muzik

Beliau merakamkan single solo pertamanya bertajuk "Syurga Yang Sempurna" terbitan Music Valley pada Disember 2017.[2] Sebelum menyertai AF2016, beliau pernah membuat persembahan kugiran secara langsung di Kuala Lumpur dan Jakarta.

Bidang lakonan

Kerjaya lakonan Isa bermula dengan membintangi pementasan teater Putera La Galigo yang berlangsung dari 16 hingga 18 Disember 2018 di Stadium Melawati Shah Alam.[3]