Sejarah Ishida_Uryū

Ishida Uryū bersama-sama datuknya pada masa kecil

Sebagai remaja berumur 15 tahun, Ishida tidak mempunyai sejarah yang kaya dengan kisah-kisah menarik seperti watak-watak lain, terutamanya shinigami yang mempunyai jangka hayat panjang.

Sebagai kanak-kanak, Ishida banyak berinteraksi dan berlatih dengan datuknya, Ishida Sōken. Ayahnya, Ishida Ryūken tidak berapa berminat untuk menjadi seorang Quincy kerana berpendapat bahawa kerjaya itu tidak menguntungkan. Oleh itu, hubungan antara Ishida dengan ayahnya agak renggang. Sōken memahami pandangan Ryūken kerana seorang Quincy lebih mementingkan keadilan daripada ganjaran material dan Ryūken bertanggungjawab menyara keluarganya. Sōken memberitahu Ishida bahawa suatu masa nanti, dia akan memahami motif ayahnya tetapi sehingga kini, Ishida masih berlaku dingin terhadap ayahnya.

Pada usia yang muda, datuk Ishida dibunuh oleh hollow di hadapannya. Ishida yang menyaksikan peristiwa hitam itu tidak mampu berbuat apa-apa untuk melindungi datuknya. Hal ini menjadi salah satu sebab kepada kebenciannya terhadap shinigami yang tidak menyelamatkan Sōken. Kemudiannya, Kaptan Bahagian ke-12 yang terkini menjelaskan bahawa dia mahu mengutip roh Sōken untuk dikaji, maka sengaja melengahkan shinigami lain untuk tiba di tempat kejadian.