Kuasa Ishida_Uryū

Lihat juga: kombat Quincy

Busur asal Ishida

Oleh sebab telah menjalani latihan formal dan mempunyai pengalaman kombat, Ishida merupakan salah satu watak protagonis yang kuat dalam siri ini. Sebagai Quincy, senjata utama Ishida ialah busurnya tetapi dia boleh menggunakan pelbagai teknik dan item Quincy untuk meningkatkan kebolehannya.

Ketika diperkenalkan, Ishida menggunakan busur yang bernama "Burung Layang-layang Solo" (弧雀, Kojaku) yang nampaknya diperbuat daripada tenaga berwarna biru. Saiznya bergantung kepada kuantiti tenaga yang mengalir di dalamnya. Dengan busur ini, Ishida dapat membunuh kebanyakan hollow dengan satu panahan.

Sebagai persediaan ke Soul Society, Ishida kemudiannya menguasai sarung tangan sanrei yang banyak meningkatkan keupayaannya. Dengan sarung tangan ini, busur Ishida menjadi nyata dan dihiasi dengan corak-corak yang rumit. Busur ini juga bersambung secara langsung kepada sarung tangannya. Dengan sanrei, Ishida boleh memanah beberapa kali serentak dan bergerak dengan laju dalam jarak yang dekat. Apabila sarung tangan ini ditanggalkan, Ishida akan mencapai Bentuk Terakhir Quincy. Rupa busurnya tidak berubah walaupun pakaian Ishida berubah sedikit. Pada peringkat ini, keupayaan Ishida akan meningkat dengan mendadak. Semua tenaga lebihan dikumpulkan ke dalam kepak pada bahu kanannya. Tetapi, sebagai akibat menanggalkan sarung tangan ini, Bentuk Terakhir Quincy menggunakan terlalu banyak kuasa sehingga tidak mampu ditanggung oleh badan Ishida dan menyebabkan tubuhnya menyekat segala kuasa Quincy selepas ini.

Dalam babak Bount (anime sahaja), Ishida memperoleh semula kuasa Quincy buat sementara waktu dengan menggunakan artifak Quincy yang boleh meniru keupayaan semula jadi seorang Quincy. Artifak ini menghasilkan pakaian seragam Quincy dan sebuah busur besi di pergelangan tangannya. Artifak ini tidak stabil dan anak-anak panah yang ditembak sering tidak mengenai sasaran. Artifak ini juga tidak kukuh dan mudah hancur jika digunakan beberapa kali.

Dalam manga, kuasa Ishida berjaya dipulihkan sepenuhnya selepas panahan ayahnya menembusi satu titik 19 milimeter dari jantungnya. Dia menggunakan "Quincy cross" yang baru yang kelihatan seperti bintang bucu lima. Tidak seperti busur-busur terdahulu, busur terkininya berbentuk seperti sarang lelabah yang boleh menembak 1,200 panahan berturut-turut. Ishida juga memperoleh beberapa aksesori Quincy yang baharu. Salah satu daripadanya ialah "Seele Schneider" (魂を切り裂くもの, Pemotong Roh), sebatang anak panah yang amat berkuasa. Objek ini boleh digunakan sebagai pedang dalam pertempuran jarak dekat.