Sekolah Ishida_Uryū

Di sekolah, Ishida menduduki tempat pertama dalam akademik. Bersesuaian dengan sikap Ichigo yang selalu salah membaca nama orang lain, dia membaca nama Uryū sebagai Ametatsu dan membuat andaian bahawa Ishida adalah seorang gadis (雨 boleh dibaca sebagai "ame" dan 竜 sebagai "tatsu" yang biasanya digunakan dalam nama perempuan).

Ishida juga menganggotai Kelab Kraftangan memandangkan dia amat berkemahiran dalam kerja-kerja menjahit. Dia juga nampaknya ialah ahli yang berskil tertinggi kerana ahli-ahli lain sering meminta bantuannya untuk membaiki barangan mereka. Ishidalah yang selalu membaiki Kon semula apabila tubuhnya koyak-rabak walaupun dia suka menambahkan aksesori tambahan yang tidak disukai Kon. Selepas dipukul oleh Kon, Ishida menjahitkan "Quincy cross" di belakang kepalanya sebagai balasan.

Ishida sentiasa dipulaukan di sekolah dan hampir tidak pernah berinteraksi dengan sesiapa. Dia menolak jemputan Ichigo untuk makan bersama-samanya tetapi bersetuju apabila orang lain akan membayar bilnya. Seperti watak-watak lain (Orihime dan Sado Yasutora, Ishida tinggal seorang diri.