Sejarah Islam_di_Kesatuan_Soviet

Berbeza dengan gereja Kristian Ortodoks Rusia, kaum muslim Kesatuan Soviet awalnya mendapat tahap kebebasan beragama yang lebih besar di bawah pemerintahan baru Bolshevik. Vladimir Lenin mengawasi pemulangan artifak keagamaan, seperti al-Quran Uthman,[4] asas-asas sistem mahkamah yang menggunakan prinsip-prinsip undang-undang Islam yang digunakan bersama-sama sistem undang-undang Komunis,[4] Jadid dan "sosialis Islam" lain diberi kedudukan kuasa,[4] sebuah sistem [[tindakan] afirmatif]] yang dikenali sebagai "korenizatsiya" (nativisation) diterapkan bagi membantu penduduk Muslim tempatan,[4] sementara hari Jumaat, hari penting dalam agama Islam, diistiharkan sebagai hari rehat di seluruh Asia Tengah.[4]Di bawah pemerintahan Tsar, Muslim secara kejam ditindas dan Gereja Ortodoks Timur merupakan agama rasmi. Pada 24 November, 1917 Lenin menyatakan;

Kaum Muslim Rusia ... semua masjid dan rumah beribadat anda telah dimusnahkan, yang kepercayaan dan budaya telah diinjak-injak oleh tsar dan penindas dari Rusia: keyakinan dan amalan anda, institusi budaya dan kebangsaan anda akan bebas dan dihormati selama-lamanya. Ketahuilah bahawa hak-hak anda, sepertimana orang-orang lain di Rusia, berada di bawah perlindungan revolusi[4]